Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Peringatan buat yang lalai

Salam dan sejahtera....

Nampaknya cuti aku dah tak bape lame lagi ada. Dah tak sampai pun satu minggu. Tapi aku berharap esok cuti aku dah abes. Walopun aku malas stady, tapi aku tetap rajin ke kelas. Menjalani hari-hari tanpa berbuat apa-apa menyebabkan aku semakin banyak tidur. Walaupun pada hakikatnya aku tidak tidur pada waktu siang, tetapi setelah berada di rumah. aku kerap mengantuk dan ingin tidur. isjjhhhhkkk... tak best tol lah.

Ok..lupakan pasal tu dan kita ke tajuk yang ingin dibicarakan pada malam ini. Nampak gayanya aku mungkin akan kembali aktif or hyper active berblogging jika aku tidak mempunayi jadual yang ketat untuk semesta akan datang. 

Ok..dah hampir terlupa. Berpandukan kepada tajuk di atas, aku bukan ingin berlagak alim atau berilmu agama. Aku merupakan seorang yang cetek ilmu agamanya. Aku tidak mampu untuk mengajar orang lain. Walaupun Rasulullah pernah bersabda, " Sampaikan ilmu walupun satu perkataan " . Mungkin ada tersilap perkataan yang digunakan oleh aku dalam sabda Rasulullah namun maksudnya hampir sama. Aku tetap tidak layak. Isk...iskk...

Ah...Hampir terlupa lagi. 2 hari lepas aku ada berkunjung ke cyber cafe dan menggunakan salah sebuah pc. Ketika ingin membuka facebook, aku dapati ada user sebelum aku yang menggunakan  browser Firefox untuk login facebook nya. Aku tidak tahu sama ada dia save username and password tapi apa yang silapnya, beliau tidak sign out ketika mahu pulang.

Dan nasihat aku adalah, JIKA ANDA BERKUNJUNG KE  CYBER CAFE A.K.A CC, sila pastikan anda sign out terlebih dahulu sebelum meninggalkan komputer. Jika  orang selepas anda merupakan seseorang yang tidak bertanggungjawab, maka anda adalah penerima padahnya. Terutamanya anda yang bergelar WANITA, PEREMPUAN, GADIS. Jangan biarkan ia berlaku. 

Dan sebagai peringatan kepada beliau, sebelum aku " menolongnya sign out ", aku terlebih dahulu meninggal sedikit nasihat yang ak seberapa. Aku tidak ingat sepenuhnya namun bunyinya hampir sedemikian.

" Lain kali kalu guno pc di cc, jange lupo sign out sebelum keluar. Kang ade yang wat dajal. PERINGATAN!! sila sign out terlebih dahulu sebelum balik yer?!! "

Ah..aku sedikit berlaku jahat di situ. Apa-apa pun, ANDA jangan lupe untuk sign out dalam apa jua account milik anda yang mungkin akan disalahgunakan oleh orang lain. 


salam...dan chow!!!

Wujud ke doraemon?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

ini merupakan petama kali aku update blog menerusi telefon dgn mggunakan browser opera mini. Jika mggunakan pc, amat lmbat loading tetapi mggunakan telefon lbih cpt dan pantas.

aku terbaca entri cik memey berkenaan doremon. Aku amat tertarik dan aku tggalkn sdikit komen.

jika benar doremon tu wujud, maka mesin masanya turut wujud. Akan aku gunakan mesin masa tesebut dan kembali tika aku berada di tgkatan 6 rendah dahulu. Ketika sebulan sebelum raya puasa.
Akan aku pastikan pada hari tersebut agar aku tidak ke cyber cafe seterusnya aku tidak akan berpeluang mengenali gadis tersebut.
Aku tahu, aku yang salah dan aku yang silap. Aku tidak perlu letakkan kesilapan aku atas diri gadis tersebut. Namun aku akui, perkenalan dengan gadis tersebut telah secara mendadak mengubah diri aku. Boleh aku katakan bahawa aku semakin sesat. Ya!! Aku kian sesat dan makin sesat.

Jika benar doremo itu wujud, ini yang aku ingin ubah. Banyak dosa telah aku lakukan. Banyak kesilapan telah aku buat. Aku sedar namun aku lemah bertindak berubah.

Jika benar doremon itu wujud, tidak sesekali aku bekenalan dengan gadis tersebut.

Aku minta maaf pada gadis tersebut
DAN
Aku mohon ampun darimu ya Allah.

artikel sebelom balik kelate ( Melayu merupakan minoriti di malaysia )

Salam dan sejahtera hendaknya...

Dipetik dari blog Tun Dr. Mahathir

Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

"Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti," katanya.

"Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir." - Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya (Malaysian Insider, 17 Jun 2010).




Dan berikut pula penerangan dari Tun sendiri...

1. Saya akui yang pemikiran saya belum matang seperti yang didakwa oleh Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.

2. Saya lupa bahawa 60 peratus daripada 100 peratus adalah majoriti. Dan jumlah orang Melayu di Malaysia menjadikan mereka 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia. Mereka bukan minoriti.

3. Tetapi orang Melayu sekarang berpecah tiga. Kalau pecahan ini sama rata maka tiap satu puak atau parti, peratusan mereka adalah 20 peratus. Walaupun mungkin ada parti yang mendapat lebih ramai penyertaan, jumlah peratusan mereka tak mungkin 50 peratus atau lebih.


4. Angka-angka sokongan kepada PAS sahaja dalam pilihanraya menunjuk lebih 50 peratus daripada pengundi Melayu menyokongnya. Lima puluh peratus daripada 60 peratus (jumlah peratusan Melayu dalam negara) ialah 30 peratus.

5. Yang baki 30 peratus terbahagi antara UMNO dan PKR dengan UMNO mungkin mendapat bahagian yang terbesar.

6. Dilihat daripada segi keseluruhan penduduk negara, Melayu yang 60 peratus sudah terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing mendapat peratusan kurang daripada 50 peratus penduduk, iaitu kurang daripada majoriti. Puak-puak ini pula bermusuh sesama mereka sehingga ketiga-tiga menjadi lemah.

7. Secara efektif tidak ada lagi kuasa 60 peratus pada Melayu. Permusuhan sesama mereka menjadikan mereka lemah. Kuasa mereka tidak lebih daripada jumlah mereka dalam parti-parti campuran yang mereka sertai iaitu hanya 1/3 daripada 60 peratus, iaitu hanya 20 peratus.

8. Ini menjadikan mereka, dalam konteks kuasa mengundi demokratik, puak minoriti, walaupun daripada jumlah bilangan mereka sebagai warga Negara mereka berjumlah 60 peratus.

9. Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah.

10. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan.

11. Dan tidak kurang pentingnya kepada hasil pertempuran antara Melaka dan Portugis ialah peranan Kitol dan Raja Mendeliar. Dikalangan orang Melayu yang sudah terbahagi tiga terdapat ramai Kitol dan Raja Mendaliar.

12. Jumlah semua 60 peratus. Tetapi kuasa bukan 60 peratus. Kuasa Melayu hanya kuasa minoriti. Aspek yang inilah yang dimaksudkan oleh saya yang kurang matang fikiran.
  

Dan anda sebagai pembacanya, siapakah sebenarnya yang berfikiran tidak matang..? Jika Prof. Madya Dr. Azmi Sharom berfikiran setakat sehingga 1 tahun kemudian. Sedarkah beliau bahawa Tun, selaku pemerintah negara terbaik sehingga hari ini berfikir untuk 10 tahun akan datang.

Erm....Sekali fikir, tidak mustahil jika Malaysia akan datang menjadi seperti Singapura pada hari ini. Untuk lebih kukuh alasan di atas, sila terjah blog kawie yang ini... Dan anda akan memahami mengapa masyarakat Melayu merupakan minoriti di tanah air sendiri selain faktor perpecahan parti politik yang telah di nyatakan oleh Tun sendiri.

Maka fikir-fikirkan lah wahai saudara-saudara sekalian. 

Kan amat baik jika UMNO dan PAS serta KEADILAN berada di bawah payung yang sama. Barulah benar apa yang di katakan oleh Prof. Madya Dr. Azmi Sharom yang bijak dan pandai itu.


Kata-kata keramat Hang Tuah " takkan melayu hilang di dunia"


p/s : nak buat macam mane kan? jom ke rantau panjang......

balik atau stay atau melancong?

 Salam semua

Baca tajuk pun dah tahu kan? Bermula Jumaat 18 June 2010, aku akan mula bercuti. Persoalannya adalah


Mahu balik Kelate


atau


Stay Cherating


atau


Jalan-jalan makan angin?


Sekian. Terima kasih

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET