Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Panggilan percuma 7 hari

3 comments
Salam semua....


Di sini ingin aku nyatakan kepada anda bahawa esok ( Sabtu 14/5/2011 ) merupakan sambutan bufday untuk telefon aku. Oh..simcard la beb..Ini bermakna aku akan mendapat panggilan percuma ke nombor 8pax secara percuma selama tujuh hari. Oh.. aku amat teruja!!


Namun, apa yang aku kesalkan, nombor celcom aku merupakan cemcol upax. Jadi aku hanya boleh meng"add" nombor-nombor upax untuk list 8pax aku. Tapi ia tentu susah dan terhad bukan? Dalam list 8pax aku, just ada 3 nombor sahaja. Itu pun kawan lama aku dan aku tidak tahu adakah mereka masih menggunakan nombor itu atau tidak.


Ok..Tawaran terhebat dan terhangat dari aku ( Abe Long ) untuk semua pengguna celcom upax!!! Jom sembang-sembang sampai batery fon abes!!! Sila inbox kan no fon ada ke account fesbook saye -=> eyeshield21@skychatz.org


Tawaran ini hanya terhad kepada 2 hari selepas entry ini di post. Jadi, kepada aweq-aweq, anda di alu-alukan. Kepada guys-guys terutanya Ezad Amir, harap maaf, permohonan anda terpaksa ditolak disebabkan oleh sedikit masslah teknikal yang tidak boleh di elakkan. TQ!




Aku daftar somcard ni atas nama owang len. hhuhuhu




p/s : Dok tengah pikiaq, nak call sape la nanti. Kalo tak gune, rugi plak kan?
p/s2 : Befday simcard je okek? Bukan befday aku pon.
p/s3 : pasal aku taip entry ni hari jumaat, okay?

Jawapan untuk blogger YaYa faNtasy - bertudung bukan tggu kamu ikhlas dahulu baru nak bertudung.

8 comments
Salam semua.....


Sejak semalam, aku berada di depan laptop hampir 20 jam jugak kot. Kerja-kerja aku semua aku letak tepi. Kenapa letak tepi? Pasai keje aku jaga owang, aku sorang mau jaga hampir 800 orang. Perghhhh letih la. Mana sempat jaga.


Okay lupakan pasal kerja. Semalam semasa tengok-tengok kat wall MALAYSIAN BLOGGER UNITE, aku tengok si Adibah Mazlan nak buat kontes. Tanya-tanya pendapat kontes apa yang sesuai di buat. Maka aku sekadar menjawab, apa-apa aja. Lantas aku menawarkan khidmat sebagai sponser hadiah. Nilainya cume kecil sahaja, RM30 berupa topup mana-mana sama ada Celcom, Maxis mahu pun DiGi. Tak kisah la kan.


Malamnya, aku ronda-ronda, pusing-pusing. Tengok-tengok sudah agak ramai yang menyertai kontes tersebut. Refer di sini jika masih ada yang tidak tahu. Bagi mereka yang dah tahu tapi masih belum sertai, cepat-cepat kerana hadiah telah meningkat kepada RM50 dan anda berpeluang untuk terbang bersama-sama Air Asia di mana-mana destinasi di seluruh dunia. Refer di sini pulak yerp...


Salah satu peserta kontes tersebut ialah cik yaya dengan blog YaYa faNtasy. Entry yang dihasilkan agak menarik namun, pendapat beliau tidak aku setujui walaupun memang benar, setiap amalan yang kita lakukan mestilah dilakukan dengan ikhlas. 


Beliau berpendapat, tidak ada gunanya jika bertudung tapi tidak dilakukan dengan ikhlas. Tambah-tambah jika bertudung dikepala tapi terdedah di bahagian lain. 


Sebagai seorang muslimah, yang mengamalkan Islam sebagai panduan hidup, dan semestinya beragama Islam, kita seharusnya tahu dan maklum bahawa menutup aurat adalah wajib. Sama ada ikhlas atau tidak, itu terpulang kepada kamu. Namun, Islam menghendaki kita menutup aurat demi menjaga kesucian diri. 


Kita semua tahu kan definisi wajib? 


Jika dilakukan, akan mendapat pahala. Jika ditinggalkan akan berdosa. Dengan kata lain, sama ada kita suka atau tidak, kita ikhlas atau tidak, kita mesti melakukannya.


Sama juga dengan solat, adakah kita pasti semua manusia yang beragama Islam mendirikan Sembahyang 5 waktu denagn penuh ikhlas dan khusyuk? Jika mereka tidak ikhlas, maka adakah mereka tidak perlu Solat? Tunggu apabila ikhlas baru mula Solat?


Setiap amalan yang dilakukan, jika mahukan keikhlasan dari hati, maka lakukan selalu. Dengan melakukannya setiap hari dan waktu, akan sampai masa di mana kamu akan melakukan dengan ikhlas. Jika kamu hanya menanti ikhlas itu datang dan baru ingin melakukannya, maka bermimpi lah kamu.




p/s : maaf jika terasa. Terpaksa mengatakan sesuatu yang benar walaupun kamu mungkin marah dan terasa.

Hadiah tambahan untuk Kontes dari Adibah Mazlan

4 comments
Salam dan selamat sejahtera.....


Adakah anda sudah menyertai kontes dari Adibah Mazlan




Jika belum, pastikan anda cepat-cepat menyertainya. Anda pasti tidak akan menyesal.


Mengapa?


Kerana anda akan mendapat hadiah berupa topup sebanyak RM40.00 sahaja.


Dan sini saya umumkan sekali lagi bahawa hadiahnya bukan setakat itu. Bukan saya atau Adibah Mazlan sahaja yang men"sponsor"kan hadiah. Terdapat pihak yang ketiga turut memberikan peluang untuk anda memenangi hadiah yang lebih menarik dan pasti!!!!!! MELETOPPPPPP!!!!!!!




Bagaimana? Anda berpeluang untuk terbang bersama Air Asia di mana-mana destinasi. Bagaimana untuk memenangi hadiah tersebut? 


Pastinya dengan menyertai KONTES dari Adibah Mazlan !!!! dan memenangi Topup RM40.


Syarat menyertai kontes ini cukup senang


1. Follow blog cik Adibah Mazlan dan Abe Long ( saye le tu ).


2. Letak tajuk kontes "blog paling simple tapi bebas" dan link kan ke blog Adibah Mazlan dan di MALAYSIAN BLOGGER UNITE.


3. Tag Adibah Mazlan dan Abe Long. 


Lain-lain syarat sila lihat di SiNI okay?


JIKA anda memenangi kontes ini, anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang di sponsor kan oleh  Air Asia dan DiGi berupa terbang ke mana-mana destinasi di seluruh dunia!!!


Bagaimana untuk berpeluang memenangi hadiah yang seterusnya?






p/s   :   Klik di sini.......terhad untuk pengguna DiGi sahaja yerp?



Contest menulis entry bebas!!!!!

8 comments

Hhohohohoh.....contest dari Cik Adibah Mazlan!!!!!!! 



hello semua . 
hari ini  Saya nk buad kontez . kontez apa ? kontez blog entri paling simple tpi Bebas . 
siapa mau join . jom lihat rules dye ok . 

bermula dari jam 5 Petang / 11mei2011


tamat pada 5petang / 12mei2011








1) mesti follow blog adibah mazlan  &  abe long ( wajib )
2) letak tajuk kontez ni "blog paling simple tapi Bebas"
3) letak link kontez ni di MALAYSIAN BLOGGER UNITE *senang JUDGE nak tengok*
5) tag Adibah mazlan &  Abe Long di entri korang
6) Gurl and Boy
7) mesti warga malay





hadiah ?
ok don't worry Adibah dan Abe Long bagi hadiah but seorang sahaja win . 

TOPAP RM 10 ( maxis only)  dari Adibah Mazlan

TOPAP RM 30 ( terrpulang kepada pemenang guna Maxis , Celcom, Digi ) dari Abe Long

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET