Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Jawapan untuk blogger YaYa faNtasy - bertudung bukan tggu kamu ikhlas dahulu baru nak bertudung.

Salam semua.....


Sejak semalam, aku berada di depan laptop hampir 20 jam jugak kot. Kerja-kerja aku semua aku letak tepi. Kenapa letak tepi? Pasai keje aku jaga owang, aku sorang mau jaga hampir 800 orang. Perghhhh letih la. Mana sempat jaga.


Okay lupakan pasal kerja. Semalam semasa tengok-tengok kat wall MALAYSIAN BLOGGER UNITE, aku tengok si Adibah Mazlan nak buat kontes. Tanya-tanya pendapat kontes apa yang sesuai di buat. Maka aku sekadar menjawab, apa-apa aja. Lantas aku menawarkan khidmat sebagai sponser hadiah. Nilainya cume kecil sahaja, RM30 berupa topup mana-mana sama ada Celcom, Maxis mahu pun DiGi. Tak kisah la kan.


Malamnya, aku ronda-ronda, pusing-pusing. Tengok-tengok sudah agak ramai yang menyertai kontes tersebut. Refer di sini jika masih ada yang tidak tahu. Bagi mereka yang dah tahu tapi masih belum sertai, cepat-cepat kerana hadiah telah meningkat kepada RM50 dan anda berpeluang untuk terbang bersama-sama Air Asia di mana-mana destinasi di seluruh dunia. Refer di sini pulak yerp...


Salah satu peserta kontes tersebut ialah cik yaya dengan blog YaYa faNtasy. Entry yang dihasilkan agak menarik namun, pendapat beliau tidak aku setujui walaupun memang benar, setiap amalan yang kita lakukan mestilah dilakukan dengan ikhlas. 


Beliau berpendapat, tidak ada gunanya jika bertudung tapi tidak dilakukan dengan ikhlas. Tambah-tambah jika bertudung dikepala tapi terdedah di bahagian lain. 


Sebagai seorang muslimah, yang mengamalkan Islam sebagai panduan hidup, dan semestinya beragama Islam, kita seharusnya tahu dan maklum bahawa menutup aurat adalah wajib. Sama ada ikhlas atau tidak, itu terpulang kepada kamu. Namun, Islam menghendaki kita menutup aurat demi menjaga kesucian diri. 


Kita semua tahu kan definisi wajib? 


Jika dilakukan, akan mendapat pahala. Jika ditinggalkan akan berdosa. Dengan kata lain, sama ada kita suka atau tidak, kita ikhlas atau tidak, kita mesti melakukannya.


Sama juga dengan solat, adakah kita pasti semua manusia yang beragama Islam mendirikan Sembahyang 5 waktu denagn penuh ikhlas dan khusyuk? Jika mereka tidak ikhlas, maka adakah mereka tidak perlu Solat? Tunggu apabila ikhlas baru mula Solat?


Setiap amalan yang dilakukan, jika mahukan keikhlasan dari hati, maka lakukan selalu. Dengan melakukannya setiap hari dan waktu, akan sampai masa di mana kamu akan melakukan dengan ikhlas. Jika kamu hanya menanti ikhlas itu datang dan baru ingin melakukannya, maka bermimpi lah kamu.




p/s : maaf jika terasa. Terpaksa mengatakan sesuatu yang benar walaupun kamu mungkin marah dan terasa.

8 comments :: Jawapan untuk blogger YaYa faNtasy - bertudung bukan tggu kamu ikhlas dahulu baru nak bertudung.

  1. tbaek2!!!!

  2. setuju...dosa tetap dosa..harma tetap haram...

  3. stju :)

  4. kalau nak tunggu ikhlas tu, entah bila la ek.. pernah dgr sorg ustaz cakap, tak pa, paksa dulu. lama2 ikhlas itu akan muncul.

  5. i like this!
    terutama bab SOLAT tue!!
    mmg setuju sesangat! :)

  6. sy stuju :)

  7. betul tu
    yg betudung lg baik drpd tak bertudung
    tp lg baik adalah sebaik2nya yg menutup aurat

  8. huhu tu mungkin ok lagi..

    kalo minah yg ni da tahap xtau nak cakap apa da.. http://www.loveydoveydoo.com/2011/04/carutan-untuk-minah-bertudung-urban.html

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET