Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Bagi kamu, nilai nyawa hanya sekadar RM10? RM15?

 Aku masih teringat kata-kata seorang ustaz semasa beliau mengadakan ceramah di masjid berdekatan dengan rumah aku ketika aku berada di tingkatan dua dahulu. Mungkin ayat yang digunakan tidak sama seperti yang aku akan katakan namun maksudnya tetap sama.

Katanya " Syaitan bersorak dan bergembira ketika saat manusia mencipta wang ".

Jika dahulu mungkin aku akan tertanya-tanya mengapa uztaz tersebut mengatakan yang syaitan sungguh germbira apabila manusia mula mencipta wang. Bukan aku langsung tidak faham tapi tidak sefaham seperti fahamnya aku hari ini. Aku mungkin juga akan terjebak dalam kancah sedemikian namun, doa aku, hati aku tidak akan ditutupi dengan kegelapan terhadap wang.

Aku tahu ini merupakan satu takdir, namun aku masih terkilan dan cukup marah. Jika diikutkan hati, ingin sahaja aku menjerit dan memaki seseorang yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga perihal kesihatan. Telah diberikan arahan untuk di bawak ke klinik, tapi di lengah-lengahkan dan pelbagai alasan yang di berikan. Telah diberikan surat untuk dirujuk ke hospital namun turut di lambat-lambatkan.

Lebih menyakitkan hati, keutamaan diberikan untuk dibawa ke klinik kepada mereka yang sakit tapi kelihatan tidak sakit. Kerana mereka boleh memberikan sedikit wang kepada kamu, mungkin RM10 atau RM15, maka kamu lebih mengutamakan mereka. Mereka yang tidak mampu memberikan kamu wang, maka kamu abaikan. Walhal semua kos perubatan ditanggung oleh pihak pengurusan. Satu sen pun tidak perlu kamu ambil dari mereka-mereka.

Besar sangatkah nilai wang RM10, RM15? Hanya kerana nilai sebanyak itu, kamu sanggup melihat 1 nyawa terkorban? Bukan aku ingin menyalahkan takdir, tidak sesekali aku terniat sedemikian. Aku tahu, ibu bapa kepada budak itu juga tahu. Tapi tindakan kamu, amat menyakitkan hati aku.

Kamu tidak seperti kamu yang setahun yang lepas. kamu tidak seperti kamu yang dua tahun yang lepas. Dan kamu tidak seperti kamau ketika kamu mula-mula bekerja di sini. Kamu yang dulu, cukup jujur dan amanah. Tapi, hanya kerana sedikit wang, mata kamu kabur, hati kamu gelap. Kamu lebih nampak RM berbanding pahala yang kamu perolehi dari kerja kamu yang ikhlas.

Kamu, berubahlah. Kembalilah kepada kamu yang asal. Janganlah kamu terus menjadi seperti apa yang kamu lakukan sekarang. Wang ringgit tidak akan ke mana. Janganlah kamu menjadi hamba kepada wang.

Walaupun kanak-kanak tersebut sedikit pun tidak mempunyai pertalian saudara dengan aku, tapi aku tetap menitikkan air mata saat doktor mengesahkan pemergiannya. Aku sememangnya telah mengetahui, di riba aku, kanak-kanak tersebut, Mashitah, kembali kepada Yang Maha Mencipta.




p/s : Nurse yang membantu doktor berkata kepada aku " Sabar yer encik, kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan ANAK encik".  TAPI AKU BELUM KAWIN LAGI

3 comments :: Bagi kamu, nilai nyawa hanya sekadar RM10? RM15?

  1. pengalaman ni ambik pengajaran untuk ko

  2. TERSENTUH!
    sedih..

  3. hati manusia lain-lain

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET