Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Activity Generating Income.....

Salam semua...selamat pagi, petang, dan malam....


Aku mempunyai hobi yang berubah-berubah, kadang-kadang aku suka melakukan aktiviti bersenam, kadang-kadang berjalan-jalan, kadang-kadang menonton wayang dan main bowling. Kesemua hobi-hobi tersebut semestinya perlu mengeluarkan wang kecuali bersenam. Jadi, aku berfikir dan bertanyakan pendapat kepada bos aku. 


Hobi terbaru aku ini, telah aku lakukan hampir 2 bulan sebenarnya. Dan semestinya hobi terbaru aku ini juga memerlukan pengorbanan wang. Ya..!! Sudah banyak wang yg aku keluarkan untuk aku meneruskan hobi tersebut. Agak-agak boleh dikatakan membazir tak? Nak tak nak, aku mesti mengeluarkan wang juga. Kalau asyik wang keluar ja, bila wang mau masuk nya? Bila la mau boleh kawen nih?


Kali pertama aku keluarkan sedikit wang, RM40 sahaja. Okay, aku dapati RM40 adalah amat tidak mencukupi. Jadi aku topup lagi RM100.. Peringkat pertama pengeluaran sebanyak RM140 sahaja dan okay, aku dapati sudah mencukupi bagi peringkat permulaan..Itu hanya kos untuk permulaan sahaja.


Bagi peringkat kedua, bermula 2 bulan yang lepas, kos sampingan aku adalah sebanyak hampir RM10 sehari. Jadi, sila darabkan sehingga ke hari ini. Kos sampingan akan sentiasa meningkat dari hari ke sehari.


Bagi peringkat ketiga pula, aku perlu membeli beberapa material dan bahan-bahan yang diperlukan untuk digunakan pasa setiap hari. Jadi, untuk permulaan, aku keluarkan duit sebanyak RM123 sahaja. Dan seterusnya RM40. Kemudiannya aku keluarkan pula sebanyak RM50. 


Oleh kerana ia adalah hobi, maka aku tidak kisah berapa yang harus aku keluarkan. Asalkan aku berpuas hati dengan pencapaikan dan hasilnya. Walaupun aku sibuk dengan kerja-kerja aku sebagai pegawai tadbir yang menjaga ratusan manusia, hobi tetap hobi dan aktiviti tetap aktiviti.


Baru-baru ini, aku keluarkan pula duit melebihi RM300. Walaupun aku rasa poket aku semakin kering, aku tidak kisah. Dan hari ini, aku turut keluarkan RM50 lagi sebagai duit tambahan untuk hobi aku yang baru.. Itu tidak termasuk lagi perbelanjaan sampingan lain seperti bersuka-ria, bbq ayam. Aku tidak kira semua itu. 


Aku hanya memerlukan sebulan sahaja lagi. Selepas sebulan yang akan datang, dalam perkiraan aku, aku akan boleh membekalkan sayur 80KG sehari untuk kegunaan masakan di kantin, di sini. Dalam perkiraan aku, aku hanya perlu darabkan RM3.5/KG pada setiap hari.


    RM     3.50 / kg
x                80    kg
          280.00    sehari
x                30    hari
       8 400.00    sebulan




Jadi dalam sebulan, aku pendapatan sampingan aku adalah seperti di atas. Namun, aku yakin aku tidak akan mendapat pulangan sebanyak itu. Mungkin hanya 1/3 sahaja.


Itulah hobi baru aku sekarang, hobi dan aktiviti yang menjana pendapatan.




p/s : 3 bulan lg boleh la kawen. kan?

0 comments :: Activity Generating Income.....

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET