Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

beginikah demokrasi di malaysia???? HAMPEH!!

Wah!!, baca tajuk ja mesti ingat nak hentam kerajaan ni. Tapi sebelum sebarang anggapan dibuat, sila baca sehingga selesai dahulu.

Dalam beberapa hari ini, aku tidak menghasilkan entri atau memberi sebarang pendapat dalam mana-mana blog, sama ada blog pro kerajaan atau sebaliknya. Apa yang menarik perhatian aku ialah, berkenaan dengan salah satu sistem pemerintahan yang secara majoritinya diamalkan oleh setiap negara yang wujud di dunia. Dikatakan ia merupakan satu sistem pemerintahan yang cukup terbuka dan memberi peluang mana-mana piahak untuk memberi pandangan atau pun sebarang kritikan. Dengan kata lain, kebebasan untuk bersuara. Itulah demokrasi dalam bahasa yang paling mudah.

Dalam pemikiran kepala aku, masayarakat Melayu yang dilahirkan akhir 80-an dan awal 90-an cukup tidak beradab dan tidak berkualiti. Bukan kerana tidak mempunyai pendidikan, bukan kerana tidak mempunayi ilmu pengetahuan sebaliknya perangai masing-masing yang boleh dikatakan sebagai kurang ajar. 

Mengapa aku melontarkan pendapat yang sedemikian? Adakah kerana aku dengki dengan mereka semua? Adakah kerana aku kuno dan mempunyai pemikiran yang kolot? Yang tidak maju?

Bagi aku, jawapannya cukup mudah sekali. Mereka tidak mempunyai satu pendirian yang tetap. Sebaliknyaterumbang ambing seperti ombak di laut. Kadang-kadang ke kiri, kadang-kadang ke kanan. Jarang-jarang sekali tenang. Dengan kata lain, mereka amat mudah dipengaruhi oleh pihak yang mempunyai agenda peribadi. Mereka sangat mudah dipengaruhi dan dipergunakan. Malah lebih senang lagi digunakan bahkan ada juga yang sanggup digunakan hanya kerana ditawarkan wang ringgit. Mungkin berpuluh ribu atau ratusan ribu.

Berbalik kepada demokrasi, aku dapati amat ramia remaja-remaja yang terikut dengan idea pembangkang yang mahukan apa yang terjadi di Tunisia dan Mesir turut terjadi di Malaysia. MEnggulingkan kerajaan yang ada sekarang dan membentuk kerajaan baru yang lebih "ADIL" katanya. Tidak tahulah seadil mana mereka nanti. 

Di katakan bahawa demokrasi di Malaysia sudahtidak adil dan seolah-seolah lebih kepada autokrasi kerana sejak merdeka, Malaysia diperintahkan oleh satu kerajaan sahaja iaitu Parti Perikatan dan nama baru sekarang Barisan Nasional. Sudah 54 tahun. Disebabkan terlalu lama Barisan Nasional memerintah, pihak pembangkang menuduh dan memfitnah bermaca-macam perkara dan isu untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah sekarang namun tetap gagal hingga ke hari ini. Sebaliknya mereka yang merasa kegagalan itu apabila Perak yang diterajui mereka kembali jatuh ke Barisan Nasional. Mengapa? Kerana, wakil yang diamanahkan oleh rakyat tahu mereka hanya omong-omong kosong sahaja. Taktik yang mereka rancang untuk merebut ahli parlimen BN dengan menawarkan wang ringgit sebagai rasuah telah memakan diri. Akhirnya, Perak terlepas dari genggaman mereka. 

Lebih menyedihkan, mereka menyalahkan pihak kerajaan kerana merasuah dan membeli ADUN mereka untuk menyertai BN. Kegagalan demi kegagalan menyebabkan mereka lebih kerap dan aktif melontarkan pelbagai fitnah. Dan yang terbaru adalah dengan menghasut rakyat supaya mendemontrasikan perarakan ( merusuh )seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN. Tidakkah mereka sedar betapa hina dan jijiknya tindakan mereka?

Apa tidak cukupkah Demokrasi di Malaysia? Adakah Singapura lebih Demokrasi berbanding Malaysia sehinggakan tidak ada parti pembangkang yang boleh bertanding dan melawan parti PAP? Itukah yang dikatakan Demokrasi oleh pembangkang sepeti anwar berahim? seperti nik aziz? Demokrasi kah singapura?

Atau samakah Demokrasi di Mesir dan Jordan dengan Malaysia? Hinggakan boleh dikatakan tidak wujud parti-parti pembangkang di Mesir dan Jordan? 

Jika benar Malaysia sedemikian, sudah lama parti PAS di haramkan oleh kerajaaan BN. Sudah pasti tidak wujud parti KeADILan rakyat yang hanya tahu memecah belahkan orang Melayu. Parti yang hanya pandai melontarkan fitnah demi fitnah.

Atau akan wujudkan parti-parti seperti dap, mca, mic dan lain-lain jika benar Malaysia tidak mengamalkan demokrasi yang sebetul-betulnya. Wujudkah parti-parti tersebut?

Atau

berpeluangkah pas, adil, dap memerintah kelantan, selangor dan pulau pinang? Jika benar seperti fitnah yang dilontarkan bahawa kerajaan BN sama seperti presiden Mesir, aku pasti, sejak awal lagi hanya terdapat parti UMNO sahaja. Tidak akan ada parti komponen BN, tidak akan ada parti pas, adil, dap. Jangan harap untuk parti-parti ini wujud dan memerintah beberapa negeri sekarang.

Itukah yang dikatakan Demokrasi di Malaysia hanya di kuasai oleh kerajaan BN. Hanya menurut telunjuk kerajaan BN.

Bagi aku, HANYA ORANG BODOH NAK MAMPUS sahaja yang berfikir sebegitu.

Yang lebih BODOH NAK MAMPUS dan jijik lagi hina, mereka yang menghasut rakyat untuk bangun memberontak dan melakukan rusuhan seperti di Mesir agar kerajaan BN tumbang.

Dan yang aku rasa lagi-lagi BODOH NK MAMPUS ialah mereka-mereka yang seperti LEMBU dicucuk hidung yang diarah untuk berbuat seperti yang disarankan oleh parti pembangkang. Aku masih lagi berpegang kepada kata-kata Tun Dr. Mahathir, kerajaan yang menggantikan kerajaan yang sedia ada belum tentu lebih baik. Siapa yang tidak kenal Saddam HUssien? Seorang pemerintah Iraq yang dahulunya terkenal dengan diktatornya. Semua rakyat bergembira apabila pemerintahan Saddam HUssien digulingkan oleh tentera US. Pada pendapat mereka, Iraq akan lebih aman dan harmoni. Namun hakikatnya hidup mereka lebih sengsara berbanding dahulu. Setiap hari memikirkan akan keselamatan diri masing-masing. Nyawa mereka terancam setiap hari. Pergerakan mereka terhad, tiada kebebasan dalam semua segi. Akhirnya, mereka mengakui bahawa Saddam Hussien lebih baik. Jika masa boleh diundurkan, mereka mahu kembali kepada zaman pemerintahan kuku besi  Saddam Hussein. Itulah hakikatnya.

Usah diberikan contoh yang jauh-jauh, yang depan mata pun sudah cukup. Seperti dalam salah satu entri saya yang sebelum ini, bagaimana nasib rakyat di zaman PM kelima hinggakan terdapat desas desus mengatakan mahu mengembalikan Tun Dr. Mahathir menerajui kepimpinan negara.

Wahai Melayu yang bodoh lagi bangap!! Gunakanlah akal yang diberikan Ilahi. Fikir apa yang betul, apa yang silap. Jangan hanya menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan. Tidak kira sama ada dari kerajaan BN mahupun PR.





p/s : Sesi politik la plak...jangan marah naaaa

4 comments :: beginikah demokrasi di malaysia???? HAMPEH!!

  1. Saya boleh sifatkan entri ini artikel pro kerajaan. Haha~

    Kita ada akal, jangan dengar dari sebelah pihak sahaja. Dunia sekarang ni hanya di hujung jari. Jadi, pandai-pandailah manfaatkan internet, cari maklumat kedua-dua belah pihak.

    Apa yang penting, kita jangan mudah terpengaruh, fikir dahulu apa kesan kalau kita buat dan apa kesan kalau kita tak buat.

  2. pro kerajaan ke sha? but i write what i think...
    mgkin kebetulan byk yg sy pertahankan kerajaan kot. hahahha

  3. HAHAHAHA. nak tulis buat la kajian sikit. statement pasal singapore salah dol.

  4. di mana salahnya? jika salah sila betol kan...
    dan tak perlu gune anonymous.....

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET