Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

baik punye "movie". yang belom kawen jangan klik

Ya!! Memang susah menjadi seorang pentadbir. Bukan setakat hanya menjalan tugas, menyiapkan tugas sebaliknya perlu bekerja berpandukan objektif organisasi. Sebab itulah mengapa mereka dibayar upah yang tinggi berbanding pekerja lain. Tambah-tambah jika terdapat banyak peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi.


Baru-baru ini, kerana menjalankan tugas sebagai pentadbir, aku terpaksa mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan melarang mereka daripada melakukan apa yang tidak boleh dilakukan. Alhamdulillah, mereka agak baik kerana mengikuti peraturan tetapi terdapat salah seorang hamba allah, jika ikutkan, dia sebenarnya tidak boleh berada di sini. Namun disebabkan kakaknya merupakan seorang staff di sini, maka ia dibenarkan tinggal bersama kakaknya.


Berdasarkan latar belakangnya, dia boleh digolongkan kepada mereka-mereka yang tidak pandai bersyukur dan berterima kasih lebih-lebih lagi seoraang yang amat kurang ajar. Seorang yang sanggup menumbuk dan melawan cikgu yang banyak membantunya semasa berada di sekolah. Seorang yanag mempunyai sedikit rekod jenayah apabila dia termasuk dalam kes polis yang melibatkan pencabulan remajabawah umur beramai-ramai.


Berdasarkan latar belakang tersebut, ketika berada di sini pun masih berlagak seperti itu. Kurang ajar dengan orang-orang yang berada di sekeliling. Tidak mengikuti peraturan di sini. Dan apabila ditegur dan dilarang, mula melenting dan mula ajak bertumbuk dan bergaduh.


Dan itulah yang terjadi kepada aku, tidak pasal-pasal aku ditendang beberapa kali. Oleh kerana masih aku ingat dengan jelas nasihat bos aku. Banyakkan bersabar dan bersabar. Seorang pentadbir akan menghadapi banyak masalah dan oleh itu, banyakkanlah bersabar. Jadi, biarlah mereka menganggap aku penakut asalkan aku tahu aku bukan beegitu. Walaupun aku terasa tangan dan kaki aku menggeletar untuk membalas balik. Tapi, akal mengatakan "bersabarlah".


Dua tiga hari ini, kerja aku hanya mendownload j-drama dan menontonnya. Aku agak minat drama-drama yang seperti ini. Jalan cerita agak simple sahaja dan mudah difahami.


Shinagawa Daichi sepatutnya menjadi pelajar yang baik namun kini menjadi seorang pelajar yang bermasalah, manakala presiden kelasnya iaitu  Adachi Hana merupakan seorang pelajar yang pada asalnya suka membuat masalah tetapi setelah memasuki sekolah menengah, beliau mula berubah menjadi baik. Persamaan antara Daichi dan Hana ialah, mereka merupakan samseng ataau dikenai sebagai yankee. Jadi, kalau ingin tahu bagaimana cerita mereka. Jom download aje menggunakan megaupload.


Oh..megaupload telah di block oleh Streamyx? Okay, jangan bimbang, anda boleh mengatasi masalah tersebut. Bagaimana? Klik sahaja di sini....dan masalah akan selesai.


Episod 1     Episod 2    Episod 3    Episod 4     Episod 5      Episod 6     Episod 7    Episod 8   Episod 9    Episod 10

Oh lupe, tajuk citer die YANKE-KUN TO MAGANE-CHAN



1 comments :: baik punye "movie". yang belom kawen jangan klik

  1. eyeshield21 nye anime xupload ke? :)

    http://iamsaya.blogspot.com/

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET