Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

sape kate dengki tak elok? cemburu tak baik?

Orang selalu sebut, jauhi perasaan hasad dan dengki sesama manusia. Tapi sebenarnya dalam Islam sendiri menggalakkan umatnya mempunyai sifat dengki dan cemburu. Begitu juga dengan pendapat peribadi aku, aku juga bersetuju sifat dengki dan cemburu perlu ada dalam setiap umat Islam pada hari ini.


Kebanyakan orang menganggap, bila di sebut sahaja dengki dan cemburu, mereka lebih cenderung ke arah perkara-perkara negatif, perkara-perkara buruk. Ya! sememangnya sifat manusia sebegitu.


Pada zaman Rasulullah sendiri pon, setiap para sahabat baginda berperasaan dengki dan cemburu sesama mereka.


Tapi, dengki dan cemburu yang bagaimana dibenarkan di dalam Islam? Dengki dan cemburu yang seperti mana yang diamalkan oleh para Sahabat Rasulullah?


Semestinya ke arah kebaikan. Para Sahabat akan berasa dengki dan cemburu jika terdapat sahabat yang lain yang melakukan lebih amalan kebaikan. Maka mereka akan berlumba-lumba untuk mengatasi amalan kebaikan dengan memperbanyakkan lagi amalan mereka. Jika sahabat si A bersedekah lebih satu Dinar contohnya, maka parasahabat yang lain akan bersedekah 2 atau 3 Dinar.


Jika para sabahat si B membaca Al-Quran satu juzud pada setiap malam, maka para Sahabat yang lain akan membaca lebih dari 1 juzud, mungkin 2, atau 3 atau khatam pada setiap malam. Pada setiap kali berlakunya peperangan untuk menegakkan Syiar Islam, jika terdapat para Sahabat yang tidak dapat menyertainya, maka mereka akan berasa dengki dan cemburu terhadap Sahabat-sahabat yang boleh menyertai.


Mengapa? Mereka lebih melihat kepada keuntungan di akhirat kelak.Mereka tahu nilai kehidupan yang sebenar.


Ia sungguh berbeza dengan sikap dan tabiat  manusia sekarang yang lebih menampakkan kebendaan dan keduniaan.




p/s : Tidak perlu kita membandingkan kita dengan para Sahabat, tidak tercapai pun. Tapi ada baiknya jika kita cuba untuk melakukan sepertimana yang dilakukan oleh para Sahabat.

4 comments :: sape kate dengki tak elok? cemburu tak baik?

  1. betul2. dgn cemburu la ada timbul rasa nak bersaing.

  2. mmg aku cemburu nie

  3. haah..aku pun bru wat entry psl jeles n dengki neh..manusia manusia...

  4. c,bru nyew tgk para sahabat dlu :)

Post a Comment

ADA AKAL KAN? JADI KOMENLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL. BUKAN KOMEN DARI KEPALA LUTUT. SEKIAN...

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET