Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

Activity Generating Income.....

0 comments
Salam semua...selamat pagi, petang, dan malam....


Aku mempunyai hobi yang berubah-berubah, kadang-kadang aku suka melakukan aktiviti bersenam, kadang-kadang berjalan-jalan, kadang-kadang menonton wayang dan main bowling. Kesemua hobi-hobi tersebut semestinya perlu mengeluarkan wang kecuali bersenam. Jadi, aku berfikir dan bertanyakan pendapat kepada bos aku. 


Hobi terbaru aku ini, telah aku lakukan hampir 2 bulan sebenarnya. Dan semestinya hobi terbaru aku ini juga memerlukan pengorbanan wang. Ya..!! Sudah banyak wang yg aku keluarkan untuk aku meneruskan hobi tersebut. Agak-agak boleh dikatakan membazir tak? Nak tak nak, aku mesti mengeluarkan wang juga. Kalau asyik wang keluar ja, bila wang mau masuk nya? Bila la mau boleh kawen nih?


Kali pertama aku keluarkan sedikit wang, RM40 sahaja. Okay, aku dapati RM40 adalah amat tidak mencukupi. Jadi aku topup lagi RM100.. Peringkat pertama pengeluaran sebanyak RM140 sahaja dan okay, aku dapati sudah mencukupi bagi peringkat permulaan..Itu hanya kos untuk permulaan sahaja.


Bagi peringkat kedua, bermula 2 bulan yang lepas, kos sampingan aku adalah sebanyak hampir RM10 sehari. Jadi, sila darabkan sehingga ke hari ini. Kos sampingan akan sentiasa meningkat dari hari ke sehari.


Bagi peringkat ketiga pula, aku perlu membeli beberapa material dan bahan-bahan yang diperlukan untuk digunakan pasa setiap hari. Jadi, untuk permulaan, aku keluarkan duit sebanyak RM123 sahaja. Dan seterusnya RM40. Kemudiannya aku keluarkan pula sebanyak RM50. 


Oleh kerana ia adalah hobi, maka aku tidak kisah berapa yang harus aku keluarkan. Asalkan aku berpuas hati dengan pencapaikan dan hasilnya. Walaupun aku sibuk dengan kerja-kerja aku sebagai pegawai tadbir yang menjaga ratusan manusia, hobi tetap hobi dan aktiviti tetap aktiviti.


Baru-baru ini, aku keluarkan pula duit melebihi RM300. Walaupun aku rasa poket aku semakin kering, aku tidak kisah. Dan hari ini, aku turut keluarkan RM50 lagi sebagai duit tambahan untuk hobi aku yang baru.. Itu tidak termasuk lagi perbelanjaan sampingan lain seperti bersuka-ria, bbq ayam. Aku tidak kira semua itu. 


Aku hanya memerlukan sebulan sahaja lagi. Selepas sebulan yang akan datang, dalam perkiraan aku, aku akan boleh membekalkan sayur 80KG sehari untuk kegunaan masakan di kantin, di sini. Dalam perkiraan aku, aku hanya perlu darabkan RM3.5/KG pada setiap hari.


    RM     3.50 / kg
x                80    kg
          280.00    sehari
x                30    hari
       8 400.00    sebulan




Jadi dalam sebulan, aku pendapatan sampingan aku adalah seperti di atas. Namun, aku yakin aku tidak akan mendapat pulangan sebanyak itu. Mungkin hanya 1/3 sahaja.


Itulah hobi baru aku sekarang, hobi dan aktiviti yang menjana pendapatan.




p/s : 3 bulan lg boleh la kawen. kan?

Gunakan ISA, tahan mereka yang cuba menjadikan kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Mereka memang biadap dan tak sedar diri. Dasar pendatang!!

1 comments
Salam dan selamat sejahtera semua, pembaca blog saya, dan seluruh rakyat Malaysia. Alhamdulillah, hari ini, saya masih lagi bernyawa dan dikurniakan kesihatan yang baik. Masih boleh menaip dan membuat entry yang tak seberapa. Entri kali ini, berbentuk nasionalis. Bukan berbentuk " racist ". Hanya sekadar apa yang terfikir di kepala. Hanya sekarang pandangan dari saya, seorang rakyat Malaysia seperti anda semua dan saya adalah Melayu. 

Pelbagai isu yang timbul sekarang dan disensasikan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan politik masing-masing. Sungguh tidak berguna mereka ini semua. 

Kisah isu video seks pakcik nuar berahim, saya tidak ingin mengambil kisah. Itu masalah moral dan peribadi pakcik nuar sendiri. Tidak ada kaitan dengan saya, tidak ada kaitan dengan bangsa Melayu, dan tidak ada kaitan dengan lain-lain kaitan. Ya!! dia merupakan Melayu, mencemarkan nama bangsa Melayu itu sendiri tapi Melayu sebenarnya tidak bersalah dan Melayu itu sendiri tidak terlebih dan tidak terkurang kedudukannya.

Begitu juga dengan Islam, kesucian Islam sedikit pun tidak tercalar, maruah Islam itu sendiri tidak tergugat. Yang tercalar dan berbau busuk itu, pakcik nuar itu sendiri. Antara benar atau tidak dakwaan mengatakan pelakon video seks itu, terserah kepada pihak polis membuat siasatan. Adakah benar atau tidak. Dan jika benar seperti yang diwar-warkan bahawa pihak polis mungkin akan dipengaruhi oleh pihak kerajaan teraju parti barisan nasional, jangan kita lupa, pengadilan di Mahkamah Ilahi adalah Maha Adil Dan Saksama. 

Sama juga dengan kes liwat pakcik nuar berahim yang tidak berkesudahan. Biar yang Maha Kuasa lagi Maha Adil dan Saksama yang menentukan. Namun, kita sebagai rakyat di Malaysia yang mempunyai Undang-undang dan Perlembagaan sendiri, biarlah pihak berkuasa membuat siasatan secara menyeluruh tanpa terlibat dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda politik masing-masing. Biarkan ia diadili dengan adil dan saksama dengan peruntukan undang-undang yang kita terutamanya mengikut syariat Islam. Kenapa? Kerana pakcik nuar berahim tu merupakan orang Melayu yang beragama Islam.

Dan isu yang terbaru, yang mengatakan terdapat pihak-pihak bukan Islam yang sedang berusaha keras untuk menjadikan kritian sebagai agama rasmi Malaysia. Bagi aku, di sinilah ketika dan masanya pihak kerajaan sepatutnya menggunakan Akta ISA dan menahan mereka-mereka yang terlibat jika ia benar-benar terbukti. Jika benar-benar terdapat pihak yang terlibat, gunakan Akta ISA. Tidak perlu takut-takut. Usah gentar dengan mereka-mereka yang mengambil kesempatan itu untuk menjatuhkan pihak kerajaan dengan memberikan pelbagai fitnah kepada rakyat untuk tidak menyokong pihak kerajaan. 

Jika benar pihak kerajaan berbuat demikian, saya pasti, seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam akan menyokong pihak kerajaan tanpa berbelah bahagi. Di sinilah waktu dan masanya  UMNO-BN menyatakan pendirian bahawa UMNO bukan sahaja parti yang memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi juga parti yang kuat memperjuangkan agama Islam. UMNO-BN usah takut dan gentar dengan ugutan dari mana-mana pihak walaupun dari parti komponen BN sendiri. Nyatakan pendirian kamu dengan tegas. Biar seluruh orang Melayu di Malaysia dan rakyat yang beragama Islam  yang lain. Biar mereka yakin dengan kamu. Biar mereka akhirnya akan menyokong kamu.

Tengok sini, PAS dan  PKR jadi pak turut DAP , jadi, UMNO-BN seharusnya memainkan peranan sebagai pembela kepada Agama Islam. Tidak perlu menunggu PAS atau PKR mengambil tindakan. Mereka sudah tersesat dengan perjuangan parti untuk ke Putrajaya. Mereka lebih mementingkan kuasa berbanding ISLAM yang mereka anuti yang kian ditindas. Mereka bukan sahaja tidak membuat apa-apa tindakan malah turut menyokong apabila terdapat beberapa blogger yang mendedahkan isu ini dikatakan sebagai racist,  sebagai penghasut kepada rakyat kerana pendedahan mereka dikatakan sebagai menghasut orang ramai. Apabila blogger Melayu mempertahankan hak mereka sebagai bumiputera, mereka turut dikatakan racist. Dan yang lebih menyedihkan, orang yang menyatakan sedemikian merupakan dari bangsa dan kelompok yang sama. Dari bangsa Melayu yang bergama Islam sendiri. Malah ada pihak yang menghasut orang ramai supaya membuat laporan polis.


Cuba kamu lihat sedutan video tersebut, adakah kamu sebagai melayu tidak terasa dengan kandungan sedutan video dari nawawi? Mereka secara terang-terangan mengata kepada kita bangsa Melayu, namun kamu hanya berdiam diri sahaja. Tapi apabila salah seorang dari bangsa kamu cuba membela kaum kamu juga, kamu akhirnya menentang, membuat laporan polis, dan menuduh mereka racist. Adakah kamu seorang yang berpelajaran? Atau kamu langsung tidak berpelajaran? Gunakan akal yang diberi Ilahi untuk berfikir, bukannya gunakan kepala lutut kamu.



p/s : Fikir-fikirkan, guna akal.bukan kepala lutut. orang kafir sedang menjatuhkan agama islam kamu. takkan kamu nak biar sahaja? malah lebih bodoh, kamu menyokong mereka. Islamkah kamu?

"KAMU" apa baran dengan RM10? RM15?

2 comments
Salah satu daripada dua buah kegemaran aku ialah durian. Wah...raja buah tu. Aku masih ingat ketika aku masih bersekolah awal menengah di Rantau Panjang, Kelantan. Setiap kali musim buah durian, harganya memang murah. Jika dibandingkan dengan sekarang, memang jauh beza harganya.


Sekarang, jika ingin membeli durian kampung contohnya, amat payah sekali ingin berjumpa dalam bentuk selonggok RM10. Jika ditanya, RM10 juga tapi untuk satu kilogram dan bukannya selonggok. Memang juah bezanya. Satu biji pun dah menjangkau hampir RM20 atau lebih jika buahnya besar. Betapa nilai wang sudah rendah jika dibandingkan dengan dahulu.


Aku masih ingat. Jika dibawa RM50, jika pergi ke Jeli, kamu boleh membawa pulang buah durian satu bonet kereta. Malah jika satu guli 50kg, harganya kadang tidak mencecah pun RM40. Dan jika kamu bawa nilai wang yang sama, dengan RM50 tu, belum tentu kamu boleh membawa pulang durian walaupun 5 biji. 


p/s : untung mereka-mereka yang mempunyai dusun durian. Freeeeeeeeeee je kan? 

Kau ni ada "hati" ke tak?

2 comments
Dah hampir seminggu berlalu, jika aku melihat si bapa dan si emak muda yang baru sahaja kehilangan anak sulong mereka baru-baru ini, aku sedikit sebak. Kadang-kadang hampir menitiskan air mata namun aku kuatkan hati.


Tapi yang menghairankan aku, "orang itu" berlagak seperti biasa sahaja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aku sememangnya hairan. Kadang-kadang aku terfikir, adakah "orang itu" benar-benar seorang insan yang bergelar wanita. Seorang wanita yang mempunyai hati yang halus dan mudah tersentuh. Namun "orang itu" berlainan dari wanita-wanita lain. MUngkin hatinya cukup keras.


Adakah bukan sahaja mata kamu dikaburi dengan wang, adakah hati kamu juga sudah bertukar menjadi nilai wang? Hanya wang yang kamu fikir, yang kamu ingat, yang bertahta di hati kamu?




p/s : berubahlah seperti kamu yang dahulu.

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET