Iklan Berbayar

KEPADA YANG BERKENAAN

APA YANG TERTULIS MERUPAKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS. TIADA KAITAN DAN SANGKUT-PAUT DENGAN MANA-MANA PIHAK. JIKA TERDAPAT KESILAPAN DAN SALAH FAHAM, PENULIS DENGAN RASA RENDAH DIRI MEMOHON MAAF.
Anda mempunyai cerita yang menarik atau pendapat yang bernas yang anda ingin kongsikan? Emailkan sahaja cerita/pendapat anda ke eyeshield21xx@gmail.com.

Followers

Google+

Tun dah, Hashim Jasin dah, Nik Aziz bila lagi?

0 comments
Assalamualaikum dan salam zulkaedah..


Tun Mahathir dah letak jawatan.


Pesuruhjaya Pas Perlis pun dah umum taknak bertanding.




Nik Aziz pula bila nak pencen?


Klik Like dan Share jika berminat.

Abdul Kadir Syiekh Fazdil mendengar Suara ALLAH??

0 comments


Benarkah seperti apa yang didakwa oleh Abdul Kadir Syeikh Fadzir bahawa beliau telah mendengar suara ALLAH S.W.T ? Apa yang pasti, penyokong pembangkang tanpa mempersoalkan kesahihan adakah benar itu suara ALLAH akan terus mempercayai kata-kata Abdul Kadir tanpa sidikit rasa was-was.

Telah banyak diceritakan kisah-kisah ilmuan dan ahli-ali ibadah terdahulu yang menyatakan bahawa telah mendengar suara Allah yang meminta mereka melakukan sesuatu yang akhirnya telah membawa mereka kepada kesesatan. Kerana suara tersebut hanyalah suara dakyah dan hasutan dari Syaitan yang dilaknat oleh Allah. Itu adalah kesesatan yang nyata.

Marilah sama-sam kita berdoa agak kita tidak terjebak di dalam golongan yang sesat. 



Klik LIKE dan SHARE jika anda meminati.

Anwar sama taraf dengan Rasulullah?

0 comments
Assalamualaikum dan selamat hari Malaysia...

Penulis tertawa apabila membaca salah satu komen di facebook. Ketawa bukan kerana lawak komennya tetapi ketawa kerana mentaliti beliau yang terlalu taksub dengan bekas banduan pujaan nya mungkin. Penulis bukannya melarang beliau meminati mahupun menyokong bekas banduan pujaan beliau. 


Penulis tertanya-tanya bagaimana seorang yang berpelajaran seperti beliau boleh menyamakan bekas banduan tersebut dengan nasionalis-nasionalis negara dan nasionalis luar negara seperti Aun San Suk Kyi di Myanmar, Jose Rizal di Filiphina, dan Mandalela yang sememangnya ditakuti. 




Malah yang lebih teruk boleh meletakkan taraf bekas banduan pujaannya setaraf denganNabi Yusuf A.S dan Rasulullah S.A.W. Adakah ini ajaran yang diberikan oleh pujaan hati beliau terhadap penyokong-penyokongnya? Jika begitu, UMNO dan BN usah bermimpi untuk mendapatkan sokongan undi semasa PRU ke 13 nanti.



Penulis teringat satu video di youtube berkenaan dengan seorang Ostaz yang layak menasihati dan kaunseling isteri orang lain di bilik hotel pada jam 2 pagi yang menyatakan bahawa bekas banduan tersebut hanya perlu lulus satu lagi ujian ( kes liwat saiful ) untuk melayakkan diri menjadi Imam Mahadi yang akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia. Tapi apa yang penulis tahu, penulis lihat semakin berlakunya perpecahan dikalangan orang Islam di Malaysia.

Apa-apa pun, tak perlu terlalu taksub dengan seseorang even orang tersebut seseorang terutamanya sesama makhluk. Sealim mana pun manusia tersebut, pasti akan ada kecacatannya dan kekhilafan. Jika anda mahu taksub, taksublah kepada ALLAH yang pastinya anda tidak akan menyesal.




Klik LIKE dan SHARE jika anda meminati.

Mengapa hanya motorsikal? Ini tak adil!

0 comments
Assalamualaikum dan selamat hari Malaysia....

Hari ini rakyat Malaysia berbangga menyambut Hari Malaysia, hari penubuhan Gagasan Malaysia yang ke 49. Penulis melihat, di tempat penulis terdapat perarakan sempena menyambut hari penubuhan Malaysia. Setiap rakyat menyertai perarakan tersebut.

Namun apa yang penulis tidak berpuas hati adalah tindakan abg-abg dan pakcik-pakcik POLIS yang kelihatan secara luarannya cukup tamak dan tidak memikirkan langsung apa perasaan orang ramai yang melihat. Itu belum lagi dikira perasaan orang yang terlibat dan menjadi "mangsa".

Yang lebih menyakitkan hati, mengapa hanya motorsikal yang ditahan, di"check" lesen dan "road tax". Manakala kereta lori di biarkan berlalu tanpa sedikit pun menahan dan "check" lesen mereka. 









Kita semua tahu, mereka-mereka yang menunggang motorsikal adalah mereka yang kurang berkemampuan dan boleh dikategorikan miskin. Jika mereka kaya dan banyak duit, sudah pasti mereka memandu kereta saat itu bahkan mungkin BMW ataupun Lamborghini.

Jika abg-abg dan pakcik-pakcik POLIS mahu menahan mereka, biarlah adil. Tahanlah sekali kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan. Hanya kerana ingin cepat mengeluar sehelai kertas kepada penunggang motorsikal atau terus mendapatkan sekeping not kertas, mungkin tercatat angka 50, maka hanya motorsikal yang menjadi mangsa. ITU TIDAK ADIL

Apa-apa tindakan dari pihak polis mestilah adil. Barulah orang ramai tidak mempertikaikan tugas anda. Barulah orang ramai akan menyangjung anda sebagai anggota polis yang bertanggungjawab. Penulis bukannya mahu menidakkan tugas polis tetapi mereka sepatutnya bertindak adil. Jangan hanya menyasarkan kepada penunggang motorsikal sahaja.

 Andai penulis adalah Pengarah JPJ, penulis akan mansuhkan Lesen B2. Motorsikal dibawak 200cc tidak perlu lesen untuk ditungganggi dengan beberapa syarat yang perlu diikut.



Klik LIKE jika anda bersetuju dengan pendapat penulis.

GEMPAR!! Kamen Rider Hibiki dihadapkan ke Mahkamah.

0 comments
Assalamualaikum dan selamat hari Malaysia

Masih ingatkah anda kisah JPM diserang oleh seorang lelaki dan seorang wanita bersenjatakan pedang samurai? Kenalkah anda semua akan wanita ini? Mereka adalah orang yang sama.



Apa yang lebih menggemparkan berkenaan wanita ini adalah, ternyata beliau merupakan seorang yang cintakan keamanan dan untuk mencapai tahap keamanan yang diinginkan sehingga membawa beliau ke JPM bersama dengan pedang samurai di tangan dan "mengamuk" tak tentu pasal.

Dan identiti beliau yang sebenarnya adalah...


Dan berikut adalah motor yang sentiasa sinonim dengan watak setiap kamen rider tetapi terlebih eksklusif apabila turut bersama dengan pemandu.



Kamen Rider Hibiki kini menetap di Malaysia setelah Jepun dilanda pelbagai bencana alam.


Berbeza pula dengan artikel ini, Presiden PERKASA mengatakan PAKATAN adalah seperti angan-angan mat jenin. Bagi penulis pula, mat jenin itu adalah seorang bekas banduan iaitu Anwar Ibrahim.

Klik LIKE jika anda meminati.

Al-Quran Read Pen yang Awesome!!!

0 comments
Assalamualaikum dan selamat hari Malaysia...

Zaman moden kini sudah tiada alasan untuk mengatakan tidak dan susah belajar al-quran. Tidak kira untuk mengeja setiap patah ayat mahupun bacaan secara terus semakin mudah dan cepat untuk dikuasai.

Jika ketika awal tahun 2000, kita dihidangkan dengan buku Iqra' iaitu satu kaedah mudah untuk golongan kanak-kanak mahupun dewasa untuk menguasai al-quran dengan mudah dan pantas. Maka setiap tahun bertambah ramai kanak-kanak yang khatam al-quran. Itu belum dikira kanak-kanak yang khatam Muqaddam.




Ketika berbelanja di pasar pagi semalam, penulis berpeluang melihat seorang jurujual sedang menunjukkan cara-cara menggunakan pen digital untuk mendengar bacaan secara mengeja dan bacaan terus untuk setiap ayat. 




Sama-samalah kita beramal.

Bagaimanapun, penulis seperti biasa akan ke gerai yang menjual surat khabar. 2 akhbar yang penulis beli ialah Utusan dan Harakah. Bagi penulis, kita tidak sepatutnya hanya mendengar disebelah pihak sahaja. Jadi, Harakah dan Utusan adalah akhbar pilihan. Keadilan? Tidak terlintas untuk membuang duit RM2 hanya untuk mendapatkan beberapa helai berita yang bagi penulis penuh dengan penipuan.

Apa yang penulis nak tanya ialah, jika orang melayu diwajibkan menyokong PAS, bagaimana pula dengan nasib penulis yang kini sudah tidak akan memberi undi kepada PAS selagi PAS bersama PKR dan DAP? BERDOSAKAH?


Klik LIKE jika anda berminat. 

Harimau kena "BAHAM"!!

0 comments
Assalamualaikum....dan selamat hari Malaysia.

Kalau dulu kita selalu dengar cerita harimau baham binatang yang lain (mangsa) tapi kali ini kita dengar pula cerita harimau yang kena baham. Adakah harimau tidak lagi ditakuti pada zaman ini? Jika begitu, harimau sekarang sudah tidak ada taring lagi, kalau ada pun mungkin dan tumpul. Gigit dah tak lut. 

Jadi kesudahannya, kita perlu tukar harimau tersebut. Mungkin boleh guna tikus ke. Tikus sekarang amat digeruni lebih-lebih lagi tikus bandar. Besarnya boleh mengalahkan kucing. Cuma tidaklah sebesar harimau.





Kalau sebelum ini, krisis demi krisis berlaku dan kita sering menyalahkan pihak pentadbiran setiap kali pasukan Harimau Malaya kalah. Namun penulis tidak pernah nampak jurulatih yang disalahkan. Dulu kita dengar ramai pihak mendesak presiden FAM, Sultan Pahang supaya meletak jawatan. Tapi rasanya tidak pernah dengar Rajagopal didesak letak jawatan.


Pada pandangan penulis, jika hendak disalahkan apabila kalah dalam perlawanan, maka babitkan semua dari pucuk pimpinan teratas sehinggalah kepada pemain. Jangan hanya meletakkan kesalahan pada satu pihak sahaja.

Apa-apa pun, bola itu bulat dan kita tidak tahu bagaimana kesudahannya selagi "game" tidak selesai. Tapi yang pasti, Malaysia kalah berdepan dengan Vietnam dengan 0 - 2. Itu hakikat yang terpaksa kita terima.

Parlimen bubar hari khamis ini?

0 comments
Assalamualaikum dan selamat malam.....

Ura-ura menyatakan bahawa parlimen akan dibubarkan dalam masa yang terdekat. Bermacam-macam jenis alasan dan pelbagai tarikh dianggarkan bahawa parlimen akan dibubar. Namun sehingga ke hari ini, ke saat ini, tarikh untuk DS Najib mengumumkan tarikh keramat masih menjadi teka-teki dan belum juga terjawab.

Bermula dengan bulan Mac yang dikatakan bahawa DS Najib akan membubarkan Parlimen, maka bising dan berhembur tuduhan-tuduhan yang meletakkan pelbagai syarat jika ingin diadakan pilihanraya ke 13. Serangan pembangkang yang meletakkan kesalahan demi kesalahan di atas bahu JPN dan SPR yang dikatakan membantu jentera pilihanraya BN untuk menang mudah dengan meletakkan pengundi-pengundi hantu di kawasan strategik dengan perbezaan 2 angka terakhir kad pengenalan.

Walaupun hanya segelintir pemilik nombor kad pengenalan yang tampil memberi kenyataan bahawa walaupun mereka mempunyai nama yang sama tetapi berbeza 2 angka terakhir kad pengenalan, itu sudah cukup untuk menyatakan semenangnya tidak mustahil akan ada lebih dari 2 orang yang mempunyai nama yang sama dengan perbezaan 2 angka terkakhir kad pengenalan.

Serangan diteruskan lagi dengan menuduh Pengerusi SPR dan Tim. Pengerusi SPR sebagai ahli UMNO sepanjang hayat. Alasan menyatakan mereka sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menentukan siapa bakal memerintah negara itu sememangnya tepat. Mereka seharusnya berkecuali tanpa menyokong mana-mana pihak. Ternyata mereka sekali lagi HAMPA apabila nama dan nombor ahli UMNO yang namanya sama dengan 2 individu tertinggi dalam SPR sebenarnya milik orang lain walaupun mereka mempunyai nama yang sama. Berikut adalah contoh hantu-hantu yang mengacau semasa setiap kali musim pru.


Penulis mula tertanya-tanya, adakah 2 nama yang sama di atas adalah hantu? Jika hantu, penulis syorkan supaya Pakatan Pembangkang terutamanya Pas Kawasan Cherating pergi ke Cherating, Kg Bukit Palas, Jalan yang menghala ke Kem PLKN Cherating untuk menyoalsiasat dan tangkap terus pun boleh. Sudah pasti mereka akan buat tidak endah dan buat tidak tahu. Kerana mereka tahu salah seorang pemilik nama Abdul Razak bin Awang Ngah merupakan orang kuat Pas Cherating. Masakan mereka mahu bertindak.

Kini, timbul lagi persoalan dalam berteka-teki bila akan pilihanraya akan diadakan. Bagi Mustafa Ali, setiausaha Agung pas meramalkan pilihanraya akan diadakan pada bulan November. Sejak bila Mustafa Ali pandai meramal. Tok bomoh ke?



Berlainan pula dengan Nik Aziz yang lebih cerdik berbanding setiausaha agung pas, beliau tidak kisah bila akan diadakan pilihanraya cuma yang penting rakyat memberi sokongan kepada PR. Oh..penulis tidak sesekali akan memangkah PAS lagi jika PAS masih bersama PKR dan DAP. 


Kalau penulis kata hari khamis ni DS Najib akan bubar Parlimen, ada orang percaya tak? heheeh


Anda mungkin juga meminati
1. Jangan berpolitik menggunakan kepala lutut 
2. Nik Aziz bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan PAS-UMNO 
 
Klik LIKE jika anda meminati dan komen jika anda punya cadangan yang lebih baik. 

Salam Merdeka ke 55 dan PR jadilah pembangkang yang baik.

0 comments
Assalamualaikum dan salam MERDEKA ke 55...

Setiap tahun, menjelang sahaja 31 Ogos, pasti negara akan menyambut hari kemerdekaan dengan penuh gilang-gemilang dan meriah. Bermula dengan percikan bunga api yang cantik pada jam 0001 setiap kali munculnya tarikh keramat 31 Ogos. Dan ia akan diikuti dengan upacara perbarisan pada keesokan harinya. Namun terdapat beberapa orang yang menyatakan ketidakpuasan hati berikut sambutan hari merdeka pada tahun ini tidak semeriah tahun-tahun yang lepas terutamanya pada zaman pemerintahan Tun Mahathir sebagai perdana menteri.





Penulis merasa berbangga dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Penulis bersyukur sehingga hari ini negara sentiasa aman dan makmur. Semoga Malaysia akan terus diberkati oleh ALLAH S.W.T sebagai sebuah negara Islam.

Penulis terjumpa satu artikel yang agak menarik dan boleh difikirkan sejenak untuk dikongsi bersama. Penulis mendapati secara keseluruhan blog tersebut lebih berkisar tentang kisah penulis blog itu sendiri, kisah masakan, keluarga dan teman-teman. Penulis merasakan beliau mungkin terpanggil untuk memberi sedikit komen@pendapat beliau berkenaan dengan sambutan hari merdeka.


Penulis tidak salahkan salah seorang pengomen di blog tersebut yang cuba meluahkan apa sebenarnya yang beliau mahukan dengan meletakkan diri beliau sebagai wakil anak-anak muda negara. Penulis bukan tidak bersetuju dengan komen beliau sebaliknya apa yang penulis lihat, beliau hanya pandai mengomen dan mengkritik tanpa memberikan idea-idea yang menarik berkenaan apa yang beliau mahukan. Penulis faham, beliau hanya pandai membangkang dan hanya pandai mengkritik. 

Apa sahaja yang kerajaan lakukan, beliau pasti akan mengkritik dan memberi komen yang negative. Beliau pasti mempunyai pemikiran yang hanya tahu mengkritik. Jadi, usah kita bimbang, selagi kita rasakan apa yang kita lakukan adalah betul dan tepat, teruskanlah kerana mereka tetap akan mengkritik dan terus mengkritik. Apa yang kita lakukan akan tetap dan akan setiasa salah dan silap. Umpama kisah dua beranak ( anak dan ayah ) dengan seekor keldai.



Itulah hakikatnya mereka sebagai pembangkang. Mereka tidak menggunakan kepakaran dengan membangkang secara positive yang akan membetulkan apa kesilapan yang berlaku dengan memberikan point-point dan idea-idea bagaimana untuk membetulkan kesilapan yang berlaku.


Dengan kata lain, mereka reti bangkang apa sahaja yang kerajaan lakukan yang tidak memihak kepada mereka. Itu sahaja pointnye. Maka kita yang seharusnya menolak mereka. Mereka hanya tahu untuk dapatkan kuasa. Selagi tidak berkuasa, selagi itulah mereka bangkang, mereka sabotaj.

Anda mungkin juga meminati  

1. Cip anti-ponteng solution untuk tracking Anwar 
2. Anda mahukan perubahan oleh janji palsu? 

Sila LIKE jika anda bersetuju. Komen jika anda bangkang

Perubahan tidak semestinya sentiasa lebih baik

0 comments
Assalamualaikum..dan salam merdeka....

Sememangnya cukup bagus apabila mempunyai seorang guru yang mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya bukan sekadar memberi tunjuk ajar dalam subjek pelajaran bahkan turut memberi tunjuk ajar dalam menghadapi cabaran hidup mendatang. Itulah drama dari Jepun, Great Teacher Onizuka  ( GTO ) .

Bagaimanapun, penulis beranggapan GTO edisi diperbaharui 2012 ini tidaklah sebagus GTO versi Takashi Sorimachi yang memegang watak Onizuka Ekichi yang lebih emotional, lebih lawak dan sedikit aksi yang tidak keterlaluan. jalan cerita yang tidak terlalu cepat dalam satu-satu episod dengan cara pemakaian yang santai dan tidak keterlaluan.


Berbanding dengan GTO versi 2012, Akira yang memegang watak utama sebagai Onizuka pada pandangan penulis yang kurang sesuai. Mungkin kerana cara berpakaian, watak yang nampak sedikit muda dan nada suara yang kurang sesuai. Walaupun dapat kita lihat kesungguhan menyelami watak sebagai guru tetapi seolah-olah terdapat kecacatan atau ketidaksesuaian dalam meghayati watak. 

 

Penulis tetap memilih GTO versi Takeshi berbanding versi Akira. Apa-apa pun, pandangan anda semestinya berbeza dengan pandangan penulis. Bagi mereka yang pernah menonton GTO versi Takeshi, cuba anda layannnnn pula versi Akira, versi 2012. Mungkin anda akan mempunyai pendapat yang sama atau mungkin juga anda lebih meminati edisi diperbaharui.




Begitu juga dengan perubahan yang dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim dan pengikutnya, belum tentu lebih baik dari sekarang yang terbukti terbaik terutamanya dari seseorang yang nak sangat jadi PM.


Sekian..selamat menonton.


 Anda mungkin juga meminati:

1. Malaysia : Sejahtera tanpa PR 

Hosting Murah dan Stable

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET